fbpx

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim.

Beliau dilihat memasuki Perdana Putra di sini, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, pada pukul 9.29 pagi dan sempat membalas lambaian para wartawan yang membuat liputan di luar bangunan itu. 

Tun Dr Mahathir tiba di Jabatan Perdana Menteri

Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Jabatan Perdana Menteri pada pukul kira-kira 9.25 pagi melalui pintu belakang dengan menaiki kenderaan rasmi.

Posted by Bernama TV on Isnin, 24 Februari 2020

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya semalam.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mohd Zuki, dalam tempoh itu, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.

Mohd Zuki turut memaklumkan Al-Sultan Abdullah, atas nasihat Perdana Menteri, turut berkenan membatalkan pelantikan timbalan perdana menteri, semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik semalam. 

[fbcomments]