Seperti yang masyarakat sedia maklum, Chee Heng atau lebih dikenali sebagai uncle kentang, beliau ada menyediakan perkhidmatan van jenazah, ambulans dan teksi 10 sen secara percuma kepada golongan tidak berkemampuan.
Selain mengagihkan bantuan makanan asas secara percuma, Uncle Kentang juga pernah bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Beliau turut menyediakan Dapur Umum yang membolehkan mereka yang lapar dan miskin mengambil makanan secara percuma.
Tutup kedai, gulung tikar
Tetapi hari ini ramai terkejut apabila menerima posting terkini Uncle Kentang yang umum tutup kedai dan gulung tikar.