Pelakon filem terkenal, Hairul Azreen memaklumkan dirinya tidak dapat meneruskan penggambaran filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof berikutan kecederaan serius yang dialaminya.

Suami kepada Hanis Zalikha itu meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berundur diri akibat mengalami kecederaan urat lutut di bahagian kiri(ACL).

Dalam hantaran yang dimuatnaiknya ke Instagram, Hairul jelas menahan sakit ketika menerima rawatan di sebelah pengarah, Syamsul Yusoff.

“.. Minta maaf kawan-kawan dan team produksi. Dah tiba masa untuk saya berehat,”kapsyen yang disertakan Hairul dalam hantaran tersebut.

Hairul juga ada berkongsi video dan gambar ketika menerima rawatan di hospital.

Pelakon tersebut memohon maaf atas kejadian yang tak diingini tersebut hingga membuat penggambaran tersebut tergendala. Hairul juga mengatakan, telah tiba masa untuk dia berehat buat sementara waktu.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan selebriti dan peminat yang mendoakan Hairul segera sembuh.

Sekadar info, filem The Original Gengster merupakan filem aksi ngeri jenayah arahan Syamsul Yusoff yang dibintangi barisan pelakon terkenal seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T, Soffi Jikan, Pablo Amirul dan bintang aksi Indonesia, Yayan Ruhian.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

[fbcomments]