Menurut perkongsian pembaca berita terkenal Yasir Mansor di Twitter, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah bergegas ke Pasir Gudang bagi menghentikan kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Pasir Gudang 3 tengah hari tadi.
Video yang dikongsikan itu menunjukkan api yang marak telah membakar tiga buah bilik di sekolah tersebut iaitu bilik stor, bilik sejarah dan bilik akses.
Walau bagaimanapun, pihak Bomba dapat mengawal api dalam tempoh lebih 1 jam. Punca kejadian juga masih belum dikenalpasti.