Baru-baru ini telah tular satu video memaparkan seorang wanita warga emas dibuli dan diganggu oleh sekumpulan remaja yang biadap dan kurang ajar.

Biadapnya

Apahal lah biadap sangat ni??Orang tua kan tu! Jgn lah buat makcik tu mcm budak2

Posted by Bawang Rangers on Jumaat, 2 Oktober 2020

Remaja usia 15 hingga 18 tahun

Hasil tularnya video ini, polis berjaya menahan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun.

Mereka yang terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas ini telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok. Katanya, dua remaja yang juga anak sepupu mangsa.

Mengalami lebam dan sakit di lengan

Warga emas tersebut yang dikenali sebagai Wan Bidah berusia 67 itu mendakwa dia mengalami lebam dan sakit pada bahagian le­ngan selepas dilastik dua remaja.

Wan Bidah, yang juga ibu tunggal membe­ritahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam Rabu lalu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya seorang diri.

Katanya, dia didatangi kira-kira enam remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.

Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta.

Wan Bidah berkata, rayuannya tidak diendahkan malah dua daripada remaja berkenaan semakin agresif me­lastiknya dengan batu dan terkena lengan kiri.

Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu de­ngan menggunakan payung sebelum terus melarikan diri.

Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk keluar bersendirian.

[fbcomments]