fbpx

Baru-baru ini, menerusi entri Instagram Baby Shima memaklumkan bahawa penyanyi kecil molek itu terlibat dalam satu insiden kecil, sehingga menyebabkan tangannya cedera berlumuran darah.

“Saya cuba berdiri atas motor…”

Difahamkan, kejadian berlaku ketika sesi pengambaran di Puncak Alam, Selangor. Shima memberitahu, dia terjatuh kerana gagal mengawal diri ketika cuba berdiri di atas motosikal dalam satu babak yang sedang dilakonkan.

“Saya cuba-cuba berdiri di atas motor untuk satu babak aksi ini. Kemudian apabila motosikal itu menekan brek, saya terjatuh. Disebabkan saya cuba menahan dengan tapak tangan terlebih dulu, itu yang bahagian tangan kiri saya cedera…

Shooting tangguh sampai tangan sembuh

Disebabkan itu, Shima tidak dapat meneruskan pengambaraan berikutan tangannya masih lagi sakit selepas jatuh daripada motorsikal.

“Penggambaran tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu dahulu. Lepas tangan saya elok, baru sambung semula. Apapun, keadaan saya sekarang okay sahaja…”

Wayang je lebih!

Namun tidak dinafikan ramai juga yang beranggapan bahawa insiden tersebut hanyalah gimik semata-mata.

[fbcomments]