Seorang bapa berusia 42 tahun cedera dipukul kerana mempertahankan anaknya yang berusia 15 tahun di sebuah projek perumahan rakyat (PPR).
Difahamkan kejadian berlaku apabila mangsa bertindak memarahi salah seorang remaja yang dikatakan sering mengganggu anak lelakinya itu.
Terdahulu, anak lelaki mangsa telah menghubungi ibunya yang juga isteri mangsa dan memberitahu dia telah diganggu. Disebabkan itu, mangsa telah turun untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Didatangi 30 lelaki
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa telah didatangi kira-kira 30 lelaki dan berlaku pertengkaran.
Suspek kemudian menumbuk muka, memukul mangsa menggunakan besi pengunci stereng dan mengacukan pisau.
Video 1️⃣
Kes pergaduhan di PPR Intan Baiduri ahad lepasPosted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, January 25, 2021
Cedera rusuk kiri dan kepala terkena pisau
Ketua blok yang dimaklumkan kejadian ke lokasi dan kesemua suspek beredar.
Mangsa cedera di rusuk kiri, luka di kepala dan belakang badan akibat terkena pisau.
Video 1️⃣
Kes pergaduhan di PPR Intan Baiduri ahad lepasPosted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, January 25, 2021
Beh berkata, polis yang menerima laporan menjalankan siasatan dan mendapati mangsa ke lokasi kejadian untuk mencari anaknya yang ditahan enam lelaki sebelum berlaku pergaduhan itu.
Punca kejadian dipercayai disebabkan mangsa menahan seorang remaja berusia 15 tahun dan memarahinya kerana sering mengganggu anaknya.
Berikutan kejadian itu polis menahan dua lelaki berusia 14 dan 27 tahun bagi membantu siasatan.