fbpx

Seorang kanak-kanak lelaki menjadi mangsa akibat sikap pentingkan diri pemandu tidak bertanggungjawab yang menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba.

Menerusi perkongsian di Facebook seorang lelaki bernama Paidiah Ramu, memaklumkan kenderaan adiknya telah dilanggar oleh sebuah kereta Myvi, di Pedas, Linggi, Negeri Sembilan.

Terdapat rakaman dashcam, menunjukkan dua kenderaan dipercayai Myvi sedang berlumba sebelum melanggar kenderaan mangsa, sehingga mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak keluar di jalan raya.

Update. Hi kwn2 terima kasih banya2. Pasal share kes ni. Kita dah dapat number kereta yang langarnya. So takpaya share kan lagi. Terima kasih banya2.

Posted by Paidaiah Ramu on Isnin, 10 Februari 2020

Bagaimanapun, nyawa kanak-kanak itu terselamat, namun mengalami luka yang agak parah akibat daripada rempuhan tersebut dan telah dirawat di Hospital Tunku Jaafar.

Berdasarkan maklumat terbaru, dimaklumkan pihak mangsa telah berjaya mendapatkan nombor pendaftaran kereta yang melanggar mereka.

Ini adalah video penuh kejadian:

Myvi berlumba, budak terpelanting

Saya adalah pemilik dashcam utk kejadian semalam. Sila abaikan tarikh dashcam sbb saya tidak set tarikh. Kejadian sebenar adalah sebuah jazz biru yg berlumba dgn myvi putih. Myvi putih lepas tu pecut ke 1st lane Dan kembali ke 3rd lane & langgar civic menyebabkan budak dalam civic tu tercampak keluar kereta. Ini video complete utk menjelaskan kejadian semalam. TqKredit Alan Chang

Posted by Bawang Rangers on Selasa, 11 Februari 2020

Video di dashcam juga adalah salah kerana tuan punya video dashcam tersebut tak setting tarikh.

[fbcomments]