Farid Kamil tiba di Mahkmah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pagi ini bersama sejambak bunga yang dikatakan sebagai tanda pendamaian.
Namun, lain pula jadinya setelah Farid keluar dari sesi mahkamah. Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari telah memberi kenyataan kepada pihak media selepas sesi tersebut.
Farid menyatakan dia bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepadanya hari ini.
“Saya dah cuba sedaya upaya memujuk Diana atas kesalahan yang tak muhasabah. Tetapi harini saya dapati perbuatan beliau adalah kerana adanya pihak ketiga yang menyokong beliau daripada belakang”
Bila ditanya lebih lanjut tentang pihak ketiga tersebut, Farid jelas rasa terkilan dengan keadaan tersebut.
“Saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami diperlakukan sebegitu. Dan apabila saya meminta jawapan tentang perkara tersebut, perpisahan yang dipinta”
“Saya sayangkan keluarga dan anak saya. Saya tak pernah lagi diuji sebegini rupa”

Perasan sedari tahun lepas
“Saya confirm baru-baru ini. Tetapi saya mulai sedar hal ini dari tahun lepas. Masalah rumah tangga saya ini bukan berlarutan. Cuma terkantoi itu baru-baru ini.”
“Saya harus menyelamatkan isteri saya dari diperlakukan yang begitu. Saya perlukan dia untuk jumpa anak-anak saya. “
Farid berkata sudah 23 hari dia tidak bertemu mahupun menghubungi anak-anaknya kerana tidak dibenarkan melakukan sebegitu.
Sekadar info, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sumber: Xtra