Pergaduhan antara Uqasha dan seorang individu yang menuduhnya sebagai pembuli menemui pengakhiran apabila individu tersebut tampil membuat permohonan maaf.

Menerusi perkongsian Uqasha di Instagram story miliknya, Uqasha telah memuat naik video permohonan maaf tersebut.

Punca ialah membela adiknya

Individu tersebut berkata dia pernah bergaduh dengan adik Uqasha dan seterusnya telah menghakimi seorang kakak yang hanya membela adiknya, seorang gangster.

Assalamualaikum saya Nadia Rosli ingin membuat pengakuan bahawa saya telah mengatakan Uqasha Senrose seorang yang gangster, seorang pembuli. Saya ingin menarik semula segala kata-kata saya.

“Dia sebenarnya bukanlah seorang pembuli atau gangster tapi cuma saya pernah bergaduh dengan adik dia dan dia cuba untuk mempertahankan adiknya.

“Saya disini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada Uqasha Senrose kerana telah mengaitkan nama dia di dalam hal ini. Saya sekali lagi meminta maaf,” ujarnya.

Sumber: Instagram UqashaSenrose2

Uqasha juga telah memaafkan individu tersebut untuk tidak memanjangkan keadaan.

Sumber: Instagram uqasahasenrose2

[fbcomments]