Kini kegiatan jenayah dilakukan tanpa mengira waktu dan tempat. Menerusi Facebook Info Roadblock JPJ/Polis, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah berjaya merakam kejadian samun sebuah rumah yang didakwa berlaku di sebuah rumah berhampiran Hospital Columbia Asia, Klang Selangor.
Sebuah kenderaan kumpulan penjenayah memakir di hadapan rumah mangsa. Kemudian 4 orang suspek bersenjatakan parang memanjat tembok rumah mangsa dan melulu masuk ke dalam rumah.
Turut kedengaran jeritan mangsa yang berada di dalam rumah semasa suspek memasuki rumahnya.
Kejadian berlaku dengan pantas, salah seorang mangsa dilihat berjaya melarikan diri keluar rumah bagi mendapat bantuan. Mangsa menjerit sekuat hati bagi mendapat pertolongan jiran. Namun, keempat-empat suspek berjaya melarikan diri.
Oleh itu, sentiasalah mengunci pintu pagar rumah walaupun terdapat orang di dalam rumah. Mencegah adalah lebih baik.