fbpx

Apabila tibanya Aidiladha, tentu ada dalam kalangan umat Islam yang melakukan ibadah korban. Selain melihat upacara penyembelihan, kita juga pastinya ternanti-nanti untuk menikmati hidangan daging tersebut.

Namun apa yang terjadi di Temerloh, Pahang, seorang gadis berkongsi video daging lembu korban yang masih bergerak menerusi laman Twitter.

Lepas ayah bawa balik (daging korban) ke rumah, daging tu tak bergerak pun. Lepas mak saya buang lemak, terus bergerak. Sejuk kot.

Menurutnya lagi ketika dihubungi oleh mstar, daging berkenaan juga masih bergerak biarpun sudah digenggam dalam tangan.

Malah, akibat rasa takut, ibunya turut menyimpan daging itu dalam peti ais dan memilih untuk menyediakan juadah lain terlebih dahulu.

[fbcomments]