Pelakon comel molek, Noorkhiriah dilaporkan terlibat dalam kemalangan motosikal sewaktu di set penggambaran semalam.

Melalui satu video yang dimuat naik dalam akaun Instagram pelakon itu malam tadi, Noorkhiriah dilihat menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berwarna hijau ketika penggambaran drama Boss Kid dilakukan di sebuah rumah yang tidak dinyatakan lokasi.

Kemudian motosikal yang dinaikinya terbabas dan seterusnya melanggar sebuah kereta jenis Nissan Almera diparkir di hadapan rumah yang dijadikan lokasi penggambaran itu.

Kemalangan tersebut semestinya menimbulkan kerisauan orang ramai termasuklah rakan artis dan peminatnya.

Lebam dan Tisu koyak

Bagaimanapun, Noorkhiriah bersyukur kerana kecederaannya tidak serius dan dia masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup.

“Alhamdulillah akak ok.. Cuma tangan berbalut dan lebam lebam manja je.. Tak patah cuma tisu koyak.”

Terbaharu, Noorkhiriah menjelaskan yang perkara itu terjadi kerana throttle motor tersebut yang telah rosak. Pihak produksi telah memesan supaya dia tidak membawa motor tersebut.

Tetapi disebabkan kesungguhannya untuk menjayakan watak, dia tetap berkeras untuk membawa motor tersebut.

“Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri, bukan produksi.. jangan salahkan mereka.”

Mereka dah jalankan tanggung jawab sebaik mungkin.. Allah dah jentik akak atas kedegilan akak,”tambahnya.

Sumber: Instagram Noorkhiriah

[fbcomments]