Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh sebuah kereta yang terbabas dan melintang di tengah jalan di Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman, penunggang motor tersebut dikenali sebagai Mohd Nazrul berusia 41 tahun dan isterinya Norwahidah berusia 34 tahun.
Kereta hilang kawalan & terbabas tengah jalan
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Altis yang dipandu seorang lelaki berumur 40 tahun telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melintang di tengah jalan.
Pada masa sama motosikal jenis Yamaha XMAX yang ditunggang Mohd Nazrul bersama isteri tidak sempat mengelak kereta itu lalu merempuh pintu sebelah kiri bahagian belakang dan menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar.
Akibat kemalangan itu, Mohd Nazrul meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya pula meninggal semasa dalam perjalanan ke Hospital Slim River, sementara pemandu Altis tidak mengalami sebarang kecederaan.
Posted by info.semasa on Monday, December 14, 2020