fbpx

Wahai sahabat artisku. Bukankah kerajaan dah tolong kita. Tolong tangguhkan bayaran pinjaman perumahan dan kereta…”

Demikian luahan pelakon Adam Hamid Jarnail yang meminta rakan artis supaya tidak keterlaluan dalam meminta bantuan dari kerajaan.

Adam yang pernah berlakon di dalam lebih 30 buah drama, menasihati rakan artis supaya berpada-pada kerana ramai lagi yang perlukan bantuan kerajaan.

Bila dapat payment, lupa diri..

Bil letrik pun diberi diskaun…Kita nak suruh tolong apa lagi! Suruh bagi duit setiap bulan? Memang tak dapatlah! Kerajaan Ayah pin pun takkan mampu nak bagi begitu

Kita sepatutnya dari dahulu perlu berjimat cermat, simpan duit, sebab kerja kita tak macam orang lain, tiada gaji tetap.

Tapi kita lupa…asal masuk payment, butik LV yang kita jengah, sewa rumah ribu-ribu, pakai kereta mewah-mewah. Bila berlaku begini, kita nak salahkan kerajaan, tidak adillah wahai sahabat…

Merupakan kacukan Melayu-Cina-Pakistan, Adam juga pernah menyertai kebanyakan bidang seni lakon termasuk pernah menjadi pengurus produksi, penulis skrip dan akhirnya menjadi pengarah.

Alphard aku jual, rumah 2 tingkat aku jual

Adam telah berkongsi kisah bagaimana nasibnya sebagai anak seni berubah 360 darjah kerana terpaksa menjual segala harta.

Aku sakit 3 tahun, tak kerja, tak de pun kerajaan bantu, tapi syukur masih hidup.

Alphard aku jual, rumah 2 tingkat aku jual, aku sekarang hanya tinggal di PPR milik Abah.

Syukur rumah PPR pun dah beli tanpa hutang tahun 2010 dulu masa rezeki tengah ada, walau tidak lagi mewah aku bahagia tanpa memikirkan hutang.

Syukur juga ada produk sendiri Afskincare.my Miracle Serum Botox, itulah rezeki buat aku sara Ma, Abah dan bayar anak belajar di IPTs serta buat makan hari-hari walau tak banyak , tapi syukur Alhamdulillah.

Bermula zaman kejatuhan Adam..

Terdahulu menerusi perkongsian pada Julai 2018, Adam, 47, mendedahkan dia pernah dimaklumkan peluang untuk hidup amat tipis ekoran jangkitan kuman pada paru-paru.

Pada 9 Julai 2017, saya dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Koma selama 5 hari… Dan mengikut kata doktor peluang untuk saya hidup hanya 50-50, tetapi Alhamdulillah Allah lebih berkuasa di atas segala-galanya.

Terima kasih Allah, memberi peluang buat hambamu ini kembali bernafas untuk kali kedua, mensyukuri segala nikmat untuk menjadi insan yang lebih baik dan untuk terus sujud kepada-Mu.

Beliau mulakan kariernya sebagai pelakon di dalam drama sitkom Sayang Di Sayang pada usia 18 tahun. Menjadi penerbit filem ‘Cinta Terakhir’ dan pernah berlakon lebih 30 buah drama antaranya Kipas Anggun, Anak Teruna, Kalau Itu Takdirnya dan Rahsia Demi Rahsia.

Beliau juga membintangi filem-filem seperti Pontianak Harum Sundal Malam 1, Aku No 1 dan Bujang Senang dan sudah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama televisyen.

[fbcomments]