fbpx

Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Amin dan Syed Bakri telah memberi teguran pedas kepada seorang usahawan kosmetik yang berpakaian dan berperwatakan wanita selepas kembali memuat naik video dan foto lucah di laman sosial. Mereka menyeru agar netizen segera memboikot produk dan melaporkan akaun Instagram usahawan berkenaan.

Terbaru, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi Facebook rasminya menegaskan bahawa umat Islam wajib memboikot mahluk seperti itu kerana tiada sifat malu terhadap Allah S.W.T.

Umat Islam wajib memboikot makhluk yang tak reti malu terhadap Allah ini. Tiada ruang perasaan belas kepada pelaku…

Posted by Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani on Khamis, 9 Julai 2020

Menurutnya, usahawan kosmetik tersebut perlu menuju ke pintu taubat kepada Allah sebelum terlambat. Tambahnya lagi, pengajaran demi pengajaran telah ditunjukkan oleh Allah S.W.T agar makhluk sebegini berhenti mengundang murka.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati umat Islam agar tidak mengikut sikap seperti usahawan kosmetik ini kerana ianya perkara yang dilaknati oleh Allah dan para malaikat. Beliau juga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap golongan sebegini sebelum ianya menjadi semakin parah.

[fbcomments]