Tahun 2020 ini adalah tahun yang cukup berbeza, bukan hanya bagi masyarakat di Malaysia malah seluruh dunia turut terkesan dengan wujudnya pandemik Covid-19.


Namun ianya lebih terkesan semasa tibanya sambutan perayaan. Di Malaysia, biarpun menyambut perayaan ini dalam suasana norma baharu seperti perlu melakukan penjarakan sosial, tiada aktiviti kunjung-mengunjung dan sebagainya, namun ia tetap disambut meriah.

Perayaan dalam norma baru

Oleh itu, Gamuda Land telah mengambil pendekatan dengan melancarkan kempen “Spread the Smile”- yang berfokus untuk mengingatkan kita semua bahawa kegembiraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati masih dapat diterapkan walaupun dalam tempoh sukar ini di mana kita semua terpaksa mengamalkan norma baru penjarakan fizikal antara keluarga.

Kempen ini merupakan satu inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dengan menunjukkan bagaimana kita juga sebenarnya masih boleh menyebarkan kasih sayang dan berkongsi perasaan serta detik-detik penting bersama.


Video terbaru dari Gamuda Land ini menunjukkan bagaimana caranya untuk kita semua dapat berkumpul dan meraikan hari-hari istimewa bersama keluarga tersayang dengan cara selamat.

Spread the Smile – Christmas 2020

Christmas joy, love and care can be shared even during this difficult period where physical distancing is the norm.

Let’s continue to connect emotionally and spread smiles with little touches of appreciation and generosity to people around us whilst staying safe.

Merry Christmas from all of us at Gamuda Land.

#GamudaLand #GamudaCove #SincereResponsibleOriginal #Christmas2020 #SpreadTheSmile #SpecialThanksToHuawei

Posted by Gamuda Land on Monday, December 14, 2020

Bandar 5G pertama di Malaysia

Untuk satu kediaman yang bersambung dengan teknologi 5G, kini menjadi kenyataan di Malaysia kerana Gamuda Cove sudah pun melengkapkan kawasan perumahannya dengan sokongan 5G – dimana selain hanya sokongan rangkaian mudah-alih, ia juga akan menjadi titik kerjasama untuk pembangunan bandar pintar dan sebagainya.

Seperti ramai sedia maklum, teknologi 5G bukan sekadar rangkaian berkelajuan tinggi semata-mata. Dengan penawaran kadar lengah masa yang sangat rendah, ia juga membawa kepada penggunaan peranti berhubung (IOT) secara lebih menyeluruh, dan menjayakan pelaksanaan bandar pintar dengan lebih efisien.

Turut menjalinkan kerjasama dan sokongan dengan Huawei Malaysia, ia juga merupakan satu-satunya bandar 5G pertama di Malaysia.

[fbcomments]