Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita bertindak mencampak kopiah seorang pemandu teksi di tengah lebuh raya. Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutama apabila melihat pak cik berkenaan hanya tunduk dan mengambil semula kopiahnya tanpa sebarang bantahan.
Video di bawah:
https://x.com/update11111/status/1888254674006073672?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Wanita Bertindak Lempar Kopiah Pemandu Teksi, Pemandu Teksi Hanya Tunduk Ambil Kopiah Dicampa
Video yang dikongsikan di laman X itu menunjukkan kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan wanita terbabit dan teksi berkenaan mengalami perlanggaran di lorong ketiga sebuah lebuh raya. Tanpa diduga, wanita tersebut keluar dari keretanya dan terus meluru ke arah pemandu teksi itu sebelum menanggalkan kopiah di kepalanya dan mencampaknya ke tepi jalan.
Tindakan tersebut mengundang rasa simpati ramai, yang menganggap perbuatan itu tidak sopan dan keterlaluan. Rata-rata netizen berpendapat, sekiranya benar pak cik itu bersalah dalam insiden tersebut, perkara tersebut sepatutnya diselesaikan secara baik dan profesional.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat lanjut mengenai lokasi sebenar kejadian serta punca pertelingkahan. Diharapkan pihak yang terlibat dapat tampil memberikan penjelasan agar tidak timbul sebarang spekulasi.
Kredit: X update11111