Kegembiraan seorang wanita meluangkan masa di sebuah taman permainan dalaman (indoor playground) bertukar cemas apabila dia menyedari gelang emas jenis bangle yang dipakainya tiba-tiba hilang dari pergelangan tangannya ketika berada di kawasan permainan tersebut.

@lienzyqueen6

Staff xdapat nak tolong,. Kita usahala sendiri😭

♬ original sound – SHANAT DA ORIGINAL🪐✨🦄

Wanita Kehilangan Gelang Emas Bernilai RM12,000 Di Taman Permainan

Menurut perkongsiannya, ketika kejadian kawasan taman permainan itu dipenuhi dengan kanak-kanak serta ribuan bola plastik yang menjadi sebahagian daripada tarikan permainan di situ. Menyedari barang kemas bernilai lebih RM12,000 itu sudah terlucut, wanita berkenaan segera mencari di sekitar kawasan permainan dengan harapan dapat menemukannya semula.

Dalam usaha tersebut, dia turut dibantu oleh seorang wanita lain yang kebetulan berada di lokasi sama dan bersimpati dengan keadaannya. Namun walaupun telah berusaha mencari di bahagian utama kawasan permainan, gelang emas tersebut tetap gagal ditemui.

Wanita itu turut memaklumkan kejadian berkenaan kepada pekerja taman permainan terbabit. Bagaimanapun, pihak berkenaan tidak dapat membantu secara menyeluruh memandangkan kawasan tersebut ketika itu dipenuhi pengunjung.

Menurutnya lagi, kehilangan gelang emas tersebut membuatkan dia berasa amat sedih sehingga hampir tidak dapat menahan air mata. Dia juga sanggup berulang kali menyelam dan mencari di kawasan kolam bola plastik yang dalam sehingga menarik perhatian orang di sekeliling.

Walaupun menemui beberapa objek lain ketika mencari, barang kemas miliknya tetap tidak dijumpai. Namun wanita tersebut mengakui tidak menyalahkan pihak pekerja kerana memahami mereka juga sedang menjalankan tugas ketika taman permainan itu dipenuhi pelanggan.

Kredit: TikTok lienzyqueen6

[fbcomments]