fbpx

Penyanyi Wany hasrita akhirnya mengaku sedang hamil anak sulungnya dan kandungan kini memasuki enam bulan.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, bakal menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya itu pada Julai nanti.

“Betul, saya hamil. Alhamdulillah sepanjang mengandung saya tidak mengalami alahan teruk,”katanya.

Emosi terpaksa PJJ dengan suami

Wany mengaku yang dia sedikit emosional sepanjang tempoh kehamilan apatah lagi apabila perlu berjauhan dengan suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas di Kuching, Sarawak.

“Disebabkan saya dan suami hidup berjauhan, memang ada masanya sedikit emosional sebab saya terpaksa menjalani pemeriksaan kandungan sendirian dengan ditemani ibu.

“Di mana saya akan bersalin dan berpantang juga belum diputuskan sama ada di sini (Semenanjung) atau dekat dengan suami di Kuching,” katanya.

Sekadar info, Wany mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Julai 2022. Sebelum itu, kedua-duanya telah bertunang pada 26 Februari 2022 selepas berkenalan sedari 2019.

[fbcomments]