fbpx

Penyanyi popular Malaysia iaitu Wani Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Abdullah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal di hospital pada Sabtu lepas.

Beliau memaklumkan berita gembira ini melalui laman Instagram miliknya pada keesokan harinya, Ahad.

Beranak Secara Normal

“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami”, ciapan ringkas yang ditulis oleh Wany.

Wany turut berkongsi satu gambar dimana anak kelahiran barunya itu sedang menggenggam tangannya. Puteri sulung itu telah menjadi pengerat kasih sayang antara Wany dan Muhd Al-Adib Fahmi Harun, iaitu suaminya.

Turut Doa Agar Anak Membesar Baik Dan Solehah

“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak. Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu sayang kamu”, kata-kata manis yang ditulis oleh Wany dengan harapan semoga anaknya membesar dalam keadaan yang baik.

Berdasarkan hantaran yang dimuat naik, beliau telah meraih sebanyak 117,710 likes bersama 1,677 komen.

Kredit: Instagram wanyhasrita

[fbcomments]