fbpx

Suka atau tidak? Ini hakikat yang perlu kita terima, apabila pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran bahawa COVID-19 tidak akan hilang.

Susulan daripada itu, penduduk dunia perlu menerima hakikat dan belajar hidup dengannya, dengan mengamalkan norma kehidupan yang baru.

Perlu belajar hidup dengan Covid-19

Menurut WHO, meskipun ketika ini beberapa negara di seluruh dunia mulai secara beransur-ansur melonggarkan sekatan perintah berkurung, namun Covid-19 tidak mungkin begitu mudah dihapuskan.

Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, berkata, Covid-19 menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya.

Tidak akan hilang

Tambahnya lagi, virus ini mungkin menjadi virus pendemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan ia mungkin tidak akan pernah hilang.

Oleh itu, WHO memberi amaran, bahawa tidak ada jaminan bagi kebanyakan negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan kedua.

[fbcomments]