Jangan gadaikan nyawa anda dengan hanya membiarkan diri tidak mendapat rawatan segera jika mengalami demam, selesema dan batuk berpanjangan. Simptom ini adalah antara tanda awal berkemungkinan badan anda dijangkiti virus influenza, jika tidak dirawat segera boleh membawa komplikasi serius hingga meragut nyawa.

Umum menyedari jangkitan virus berkenaan mudah merebak daripada satu individu kepada individu yang lama sama ada menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair dari hidung.

Anak-anak kecil adalah sangat mudah terkena virus ini kerana imunisasi badan mereka masih lagi lemah berbanding dengan orang dewasa.

Seorang bapa yang dikenali sebagai Mohd Esmadi Ibrahim, telah mencoretkan luahan hatinya di laman Facebook, dengan berkongsikan kisah mengenai anak keduanya yang maut disebabkan oleh serangan Influenza A ini.

Pada mulanya si abang yang demam!

Untuk pengetahuan umum, pada peringkat awal, si abang yang demam. Dah diberikan ubat tapi masih tidak kebah juga akhirnya si abang dibawa ke hospital. Namun doktor mengatakan bahawa si abang tak mengalami jangkitan kuman dan disuruh pulang semula.

Suhu naik mendadak!

Pada awalnya, mereka menyangkakan si adik juga menghidap virus Influenza A ini, tetapi keputusan ujian Influenza mengatakan sebaliknya iaitu negatif.

Tidak lama selepas itu, si adik diserang demam sehingga suhu naik mendadak dan mendapat serangan sawan yang tiada henti.

Diserang sawan, mulut terpaksa di ikat

Jangan abaikan anak

Si bapa meluahkan sedikit kekesalan kerana terlalu mengambil mudah dan tidak dapat menjaga anak keduanya dengan sepenuh perhatian.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan ikhtibar dan tidak mengambil mudah terhadap penyakit dan kondisi anak-anak.

Sumber: Mohd Esmadi Ibrahim.

[fbcomments]