Nama Vivy Yusof yang sebelum ni menjadi perhatian netizen kerana mempertikai golongan B40 yang menerima bantuan kerajaan, kini sekali lagi menerima cemuhan kerana dikatakan tidak bertanggungjawab menciplak idea orang lain untuk kepentingan sendiri.

Vivy Yusof didakwa telah menciplak idea photoshoot tudung seorang personaliti TV & model, Sleepyllama.
Beliau melalui laman sosial segera menafikan perkara tersebut dan memaklumkan pasukannya sudah terlebih dahulu memulakan projek tudung tersebut sejak tahun 2018 lagi.
Ini bukan pertama kali!
Kisah tersebut tidak tamat setakat itu sahaja, kini seorang model terkenal yang lahir menerusi program Asia Next Top Model, Alicia Amin telah memuat naik beberapa kenyataan di laman sosial instagramnya yang menyelar tindakan Vivy Yusof.

Turut memberikan pendapatnya tentang isu berkenaan, Alicia berkata perkara seperti itu bukan lagi ‘tak sengaja’ kerana ianya sudah berulang kali terjadi.
Alicia turut membandingkan kedua photoshoot yang dilihat hampir sama dari segi tema dan pengcahayaan. (rujuk gambar diatas).
Antara kenyataan beliau mengenai Vivy :
Kepada mereka yang tidak memahami kenapa saya highlight isu ini adalah kerana ia sangat penting”,
“Pertama, beliau telah melakukan perkara ini banyak kali dan alasannya adalah ‘tidak sengaja’”
“Kedua, beliau kata kisah dengan syarikat kecil yang berhempas pulas untuk survive, tetapi pada masa yang sama cuba mengambil kesempatan untuk populariti atau ciplak idea”
“Ketiga, berkira untuk mengeluarkan bajet untuk membayar industri kreatif seperti model, jurugambar dan videographer tetapi menjana keuntungan yang lumayan sebenarnya”
“Keempat, shooting model kata untuk kempen, tapi last2 posted kat billboard”


Tambah panas lagi, Alicia turut mengancam untuk mendedahkan bagaimana syarikat Fashion Vallet kepunyaan Vivy Yusof yang dikatakan tidak menghargai pengiat seni kreatif dengan memberi tawaran harga yang tidak berpatutan sebelum ini.