Telah tular di media sosial video yang dimuat naik usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri memaparkan pergaduhan antara dirinya dan pasangan selebriti Yana Samsudin dan Fadzil Fariz.
Dalam video tersebut, Aliff kelihatan berang dan meninggikan suara meminta pasangan tersebut menggantikan pasu hiasan mewah yang dipecahkan bernilai RM 400,000.
Disebabkan hal ini, penerbit program raya terbitan stesen swasta yang juga merupakan saksi kejadiaan tersebut, Alif Farhan tampil membuat pemohonan maaf di Instagram miliknya.
“Saya bertindak selaku penerbit rancangan yang akan disiarkan pada hari raya nanti.
“Rumah Datuk Aliff menjadi lokasi penggambaran program kami kerana sesuai dengan konsep yang ingin diterbitkan.
“Yana pula adalah hos program berkenaan dan ketika penggambaran sedang dijalankan, dia tidak sengaja terlanggar sebuah pasu hiasan di ruang tamu rumah Datuk Aliff.” katanya yang masih mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu itu.
Malah penerbit itu ada memuat naik Instagram Story yang menyatakan dia terpaksa berdiam diri daripada mengulas lebih lanjut tentang hal ini untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Difahamkan pada hari Isnin, Alif dan peguamnya akan membuat satu sidang media online untuk menjelaskan video yang sedang tular itu.
Bagi pihak Yana Samsudin pula, dia hanya mengunci mulut dan memuat naik sebuah hantaran yang disertakan kapsyen “Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu,”.
Hal ini mengundang pelbagai kecaman netizen yang menganggap perkara itu sebagai gimik lapuk yang digunakan sebagai ‘marketing’