Pendakwah terkenal, ustaz Ebit Lew mengalami kerugian sehingga RM80,00 selepas pejabatnya di Bandar Baru Bangi dipecah masuk penjenayah.
Berkongsi berita sedih itu dalam laman Facebook miliknya hari ini, beliau berkata, dalam kejadian tersebut selain wang tunai beberapa barangan berharga seperti komputer riba, kamera dan komputer turut dibawa lari.
“Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer, dua laptop ,kamera-kamera baru beli juga rakam ceramah-ceramah dan dakwah, tiga telefon bimbit dah takda dan ada duit sikit. RM80,000 juga semuanya.
Diberi hidayah
Beliau turut berharap agar si pelaku dapat ditangkap dengan segera dan diberikan hidayah.
“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah,” katanya.
Malah pencuri itu turut menulis satu mesej bahawa dia sangat terdesak.