Seorang jururawat yang dikenali sebagai Che Suriani Che Saufi telah berkongsi status di Facebooknya mengenai salah seorang pesakit suspek Covid-19 yang dirawatnya itu, membuatkan ramai yang merasa hiba.
Pesakit lelaki warga emas
Difahamkan, pesakit tersebut, seorang warga emas lelaki. Beliau dibenarkan pulang setelah ujian swab yang dijalankan menunjukkan negatif jangkitan.
Namun, anak-anak pesakit yang dihubungi memberikan pelbagai alasan untuk menjemput ayah mereka pulang sehinggalah warga emas itu menemui ajal seorang diri di hospital, dua hari kemudian.
Hari-hari bertanya anaknya
Lebih meruntun hati, kata Suriani, arwah hari-hari bertanya sama ada terdapat panggilan daripada anak-anaknya. Sebak!
“Datang kerja shift pagi hari ni dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient dah boleh discharge dua hari yang lalu sebab covid swab negative.“
Call anak, tak boleh ambil tengah kerja
“Call relative (anak lelaki), cakap tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja.
Call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah tarawikh, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged.“
Doktor terpaksa ugut nak report polis
“Call esoknya pun sama sampai masa kita ugut nak report polis, tapi still tak ada feedback.. So terpaksa tunggu plan doctor. Sekali petang, ajal patient tiba..
So bila kita call relative beritahu ayah diorang dah tak ada, tiba-tiba tiga orang anak boleh je datang serentak cepat-cepat..
Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang tak ada yang datang? Arwah hari-hari tanya anak diorang ada call ke tak..“
Come on Malaysian… Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganlah ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan.