Siapa tidak kenal dengan Pencetus Ummah (PU) Amin yang sering kali dikecam susulan tindakannya yang lantang memberi pandangan serta aktif memberi ceramah agama.
Menerima Tauliah Mengajar
Baru-baru ini pula, beliau meluahkan rasa syukur kerana telah berjaya menerima Tauliah Mengajar di Wilayah Persekutuan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, beliau ada memuat naik foto surat dan kad tauliah yang diterimanya yang sah digunakan selama tiga tahun bermula 16 Mei sehingga 31 Ogos 2023.
Bukan mudah cakap hal agama pada akhir zaman
Alhamdulillah. Nak dapat ni kena temuduga dan tapisan yang sangat hebat. Bukan mudah untuk bercakap hal ehwal agama pada akhir zaman ini. Moga apa yang kita sampaikan mengikut kehendak Allah dan Rasul nya.
Proses dapat tauliah juga sangat ketat. Maka bila dah diberi kepercayaan oleh pihak berkuasa, perlu kita gunakan dengan sebaik nya. Semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan kerja dakwah di dunia ini.