Walaupun kes Covid-19 di Malaysia dilihat ada peningkatan angka yang positif saban hari, namun kita patut bersyukur kerana kerajaan dilihat begitu cekap mengatasi pelbagai masalah dan mengemukakan pelbagai inisiatif kepada penduduk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham antara barisan tulang belakang negara yang dinanti-nanti kemunculannya di tv melaporkan status serta laporan harian kes COVID-19.
Dinobatkan sebagai 3 doktor terbaik di dunia
Melihat sikap beliau yang begitu dedikasi, beliau telah dinobatkan antara 3 doktor terbaik yang cekap menghentikan penyebaran virus COVID-19 di dunia oleh China Global TV Network.
Beliau bersama tiga lagi doktor perubatan negara luar, menerima banyak pujian kerana menjadi sumber maklumat dan fakta yang dipercayai kepada negara masing-masing.
Sering menyebarkan maklumat2 terkini
Malah, Dr Noor Hisham turut dipuji kerana komited dalam tugas dan sering mengwar-warkan maklumat terkini menerusi platform media sosialnya sendiri. Walaupun sudah lanjut malam, beliau dilihat masih memuat naik maklumat penting dan kesedaran kepada orang awam.
China Global TV Network memuji cara beliau dan menyatakan bahawa rakyat Malaysia sangat beruntung memiliki pemimpun sepertinya. Selain beliau iailah Dr Anthony Fauci dari Amerika dan Ashley Bloomfield dari New Zealand.