Wabak Covid-19 tidak mengenal mangsanya, sesiapa sahaja yang terdedah kepada virus, berisiko tinggi untuk dijangkiti. Setakat ini dimaklumkan, jumlah pesakit sudah mencecah 2,032 positif Covid-19.
Lebih menyedihkan, seorang bayi berusia 12 hari telah disahkan positif Covid-19 sekaligus mencatat rekod sebagai pesakit paling muda di Malaysia.

Difahamkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, bayi 12 hari itu dilahirkan sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).