fbpx

Seperti dimaklumkan Perdana Menteri, ahli KWSP boleh memohon pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020. Amaun yang layak dikeluarkan hanyalah RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum) bermula dari April 2020 hingga Mac 2021.

Bayaran akan mula dibuat pada Mei 2020. Walau bagaimanapun, ianya bergantung juga baki jumlah simpanan akaun 2 ahli tersebut.

Cara memohon

Terdapat tiga cara ahli boleh mengemukakan permohonan.

  1. Secara dalam talian (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU
  2. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); ATAU
  3. Secara pos/pos berdaftar ke alamat di bawah:

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)

Ahli perlu membuat permohonan pengeluaran i-Lestari ini sekali sahaja dan pembayaran akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli.

Siapa yang layak mohon?

Permohonan pengeluaran i-Lestari hanya untuk golongan berikut:

  1. Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  2. Berumur bawah 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2

Difahamkan bagi yang bukan warganegara, akan dibuka fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan).

Mengapakah ianya terhad kepada RM500 dan secara bulanan?

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas setiap bulan.

Mengapakah pengeluaran hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

“Diharapkan kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan
dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas dalam keadaan semasa yang tidak menentu. Sebagai sebuah institusi dana persaraan,
KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi
simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga
kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini.” – Alizakri Alias, Ketua Pegawai KWSP. Dipetik dari laman rasmi KWSP.

Untuk info lanjut, anda boleh hubungi KWSP melalui e-mel ilestari@epf.gov.my

[fbcomments]