Umum sedia maklum, penyanyi Mila Jirin mula aktif dalam dunia perniagaan bersama suaminya selepas mendirikan rumah tangga. Penyanyi ini menjalankan perniagaan jenis katering perkahwinan.

Terbaru, Mila terpaksa menjual kuih dan durian demi menampung kos operasi syarikat dan pekerja-pekerja akibat pandemik Covid-19. Tindakan penyanyi ini mula dipuji netizen dan menganggap sebagai satu tanggungjawab yang perlu digalas setiap majikan.

Status yang dikongsi Mila melalui laman Instagram miliknya itu dipercayai merupakan luahan dari salah seorang staf syarikat Bizmillah. Dia menyifatkan bekas peserta Akademi Fantasia itu seorang yang ‘gila’.

[fbcomments]