fbpx

Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan tentang seorang lelaki dimarahi dan dicaci oleh ibu saudaranya menerusi voice note di aplikasi Whatsapp kerana dituduh mencalarkan kereta.

@zulhaziyqqqq

permulaan hari raya, terima kasih atas segala hinaan ni.

♬ Duka x serana – Ra🥀

Ibu Saudara Maki 3 Beradik Yatim Kerana Tuduh Mereka Calarkan Kereta

Menerusi video yang dikongsikan oleh @zulhaziyqqqq di laman TikTok, video yang berdurasi hampir 2 minit itu memaparkan seorang wanita sedang mencerca individu yang dikenali sebagai Haziq dengan menggunakan kata-kata kesat yang agak keterlaluan.

Difahamkan pertelingkahan antara ibu saudara dengan mereka tiga beradik tercetus apabila wanita terbabit menemukan kesan calar pada kereta miliknya. Tanpa usul periksa, wanita itu lantas menuduh mereka sebagai pelaku sebelum menghalau mereka ketika hari raya.

“Semasa kejadian itu kereta mak cik saya calar kemudian dia hantar mesej kepada kami yang ketika itu keluar beraya dan meminta untuk pulang ke rumah dengan segera, kemudian bila tiba nampak beg saya dan adik-adik kena campak di luar rumah

“Makcik tuduh saya punca keretanya calar kemudian maki hamun saya walaupun saya dah jelaskan bukan kami yang buat perkara itu, saya dihalau terus selepas tu… ahli keluarga lain semua dah tahu perangai makcik macam tu dan saya reda mungkin Allah nak uji kami,” ceritanya.

@mstarmalaysia

Part 1: Dituduh calarkan kereta, tiga beradik dihalau emak saudara… Paling sedih arwah ibu pun kena maki mstar240417

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Kena Halau Keluar Masa Raya, Barang Siap Kena Buang Lagi

Bukan itu sahaja, malah tiga beradik itu terpaksa berhadapan dengan perangai ibu saudaranya yang berang membuang barangan peribadi mereka ke luar rumah sebelum dikutip oleh jiran untuk bantu membersihkan semuanya.

Lebih memilukan apabila ibu saudaranya turut mengaitkan Allahyarhamah ibu mereka dalam makian tersebut. Haziq mendedahkan bahawa beliau tidak mengetahui apakah punca sebenar yang menyebabkan wanita itu sangat membenci mereka hingga mengaitkan orang yang sudah tidak ada di dunia.

“Saya dah tanya pakcik makcik lain, dia memang macam tu. mulut dia memang macam tu. Dengan adik beradik lain pun bertengkar sebegitu. Taktahu apa masalah dia, nak jernihkan pun tak boleh.

“Apa yang saya boleh buat, saya diam je la. Hargailah kami, kami dah tak ada mak tapi pertalian tu masih ada. Jadi janganlah putus,” luahnya lagi.

Kredit: TikTok zulhaziyqqqq, TikTok mstar

[fbcomments]