Pilu buat tiga keluarga di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kampung Banggol, Kota Bharu, apabila keterujaan menyambut Aidifitri bertukar tragedi apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran.
Kesemua mangsa tinggal sehelai sepinggang kerana gagal menyelamatkan barangan berikutan api marak begitu pantas, merebak sehingga menyebabkan tiga buah rumah terbakar.
Terkedu anak telefon rumah terbakar
Difahamkan, ketika kejadian Zarina dan suaminya keluar untuk membeli juadah berbuka puasa, namun bergegas pulang selepas mendapat tahu rumah mereka terbakar.
“Apabila sampai, rumah kami sudah tidak dapat diselamatkan, namun kami bersyukur lima anak berusia 11 sehingga 18 tahun sempat keluar menyelamatkan diri…”
Hilang gembira sambut raya
Bagi Zarina, segala kegembiraan menyambut hari raya punah, segalanya telah musnah dijilat api, menyifatkan inilah dugaan paling berat buat mereka sekeluarga.
Mangsa lain, Norhisham Mohd Noor yang bekerja sebagai pemotong rumput, turut kehilangan harta benda selepas hanya berjaya menyelamatkan diri. Malah, mesin rumput sumber dia mencari rezeki juga musnah dijilat api.