Selagi wabak Covid-19 belum berakhir, kita masih perlu hidup dengan normal baharu dan mengikut segala Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Justeru, terdapat beberapa premis perniagaan mewajibkan pemakaian facemask jika mahu memasuki premis mereka.
Tak pasal2 pengawal kena maki
Tapi, lain pula dengan satu video yang tular ini, memaparkan seorang wanita yang juga merupakan pengasas produk kecantikan mengamok apabila kenalan yang merupakan adiknya ni tidak dibenarkan masuk ke dalam sebuah kedai barangan perabot terkemuka, kerana tidak memakai facemask.
Wanita tersebut bertindak memarahi pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu, serta menggesa agar adiknya dibenarkan masuk.