Setiap orang mempunyai ujian yang berbeza-beza dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi apabila berhubung dengan cabaran dalam mencari sesuap nasi untuk diri sendiri dan juga keluarga.

Pelbagai cara boleh dilakukan bagi memperoleh rezeki yang halal walaupun hasil yang diperoleh tidaklah begitu memberangsangkan. Namun, usaha yang ditunjukkan dalam memcari nafkah hendaklah dipuji kerana tahu mencari duit bukanlah sesuautu yang mudah lebih-lebih lagi pada waktu sekarang.

Jual cili padi dekat stesen minyak

Menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook, seorang pakcik telah menjual cili disebuah stesen minyak.

Lebih memilukan, pakcik tersebut memakai kadbord tertulis perkataan ‘cili padi’ yang digantung dilehernya bagi memberitahu bahawa dia menjual sayuran tersebut kepada orang ramai.

Menurut pengadu di laman Facebook itu juga, pakcik tersebut telah berdiri lama di kawasan berhampiran stesen minyak itu dan berharap agar sesiapa yang ternampak bolehlah singgah membeli jualannya.

Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah-ruah dan segala urusannya dipermudahkan.

[fbcomments]