fbpx

Empat lelaki ditahan di Jawa Barat, Bandung, Indonesia baru-baru ini atas dakwaan menjalankan operasi menjual daging babi yang ‘diubah’ menyerupai daging lembu sejak tahun lepas.

Ketua Polis Bandung berkata, keempat-empat suspek tersebut telah menjual lebih 63 tan daging lembu palsu dalam masa setahun.

Memetik laporan portal tempatan, sebanyak 600 kilogram daging babi yang ‘diubah’ menjadi daging lembu telah dirampas pihak polis daripada suspek berkenaan.

“Jenayah mereka ini amat dipandang serius dalam kalangan majoriti Muslim di Ind0nesia kerana babi haram dimakan,” katanya.

Difahamkan, mereka membeli daging babi dengan harga IDR45,000 (anggaran RM13) per kilogram kemudian ia dijual semula ke pasaran tempatan kepada orang awam dengan harga IDR85,000 (RM24) ke IDR90,000 (RM26) per kilogram.

“Secara fizikalnya, daging babi asalnya kelihatan pucat, manakala daging lembu pula lebih kemerahan.

“Mereka menggunakan serbuk borax (atau sodium borate) ke atas daging babi berkenaan ketika diproses untuk mengubah warna daging daging, sebelum ia bertukar menjadi lebih kelihatan segar dan kemerah-merahan seakan daging lembu sebenar,” jelas ketua polis itu lagi.

Warga tempatan diminta untuk berwaspada sekiranya wujud penjualan daging yang harganya lebih murah berbanding harga pasaran biasa.

[fbcomments]