Selalu kita dengar, wartawan bermulut ‘laser’ dalam menemubual artis atau selebriti. Kali ini lain ceritanya, tular pula seorang artis veteran, Hattan yang memberikan kata-kata pedas kepada wartawan dalam temubualnya baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Hattan telah ‘menyekolahkan’ wartawan yang menemubualnya, Nur Syazwani Saiful Sham, kerana telah gagal memberikan nama pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC.

Warganet Beri Reaksi Negatif

Video yang tular semalam telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet. Kebanyakan komen warganet memberikan sokongan kepada wartawan yang terlibat, malah ramai juga yang mengecam tindakan Hattan.

Hattan Enggan Beri Ulasan

Walaupun begitu, Hattan bertindak mendiamkan diri dan enggan mengulas isu tersebut apabila dihubungi pihak wartawan. Katanya, dia tidak berminat dengan isu tular tersebut. Hattan juga telah mengunci akaun Instagram miliknya ikutan daripada penularan video tersebut.

Saya Tidak Boleh Ulas, Harap Memahami

Wartawan Nur Syazwani juga tidak memberikan apa-apa ulasan berkenaan isu tular melibatkan dirinya itu. Dia memohon maaf dan berharap agar orang ramai memahami situasinya kini.

[fbcomments]