Seorang individu di Twitter mendakwa aktres Janna Nick dan kekasihnya, pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand pada tahun lalu.
Individu yang menggunakan nama @munafiqburner telah memuat naik keratan yang memaparkan maklumat peribadi mengenai Janna dan Dini yang terkandung nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Keratan itu telah mendakwa Janna dan Dini telah melangsungkan perkahwinan di daerah Satul yang terletak di selatan Thailand pada tahun lalu.
Dalam pada itu, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner ketika dihubungi portal Astro Gempak untuk mengulas mengenai khabar angin yang tersebar, memberi reaksi balas dengan mengatakan dirinya enggan untuk memberi sebarang komen lanjut.
Walau bagaimanapun, respon Janna pada Mstar berbunyi begini:
“Dalam sesebuah perhubungan pastinya perancangan kahwin tu ada tapi tak ada lah sampai nak kahwin lari…saya bukan bercinta dengan suami orang…
Kalau betul kami dah nak kahwin pasti saya akan umumkan tarikh.”
So maksudnya Janna tak berkahwin lagi lah kan? Siapa lah yang buat fitnah ni