CCTV telah merakam tindakan pendatang Yahudi dan tentera Israel sengaja meludah di pintu rumah penduduk Palestin sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19.
Perbuatan itu berlaku di sekitar Hebron atau ibu kota Al-Khalil, di selatan Tebing Barat kira-kira 30 kilometer selatan Baitulmaqdis.
Kamera Litar Tertutup (CCTV) merakam tindakan pendatang Yahudi dan tentera Israel sengaja meludah di pintu rumah penduduk Arab sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19, di kawasan penduduk Palestin.
Mereka bukan sahaja meludah di pintu rumah tetapi juga berhampiran kawasan kedai dan kereta. Perkara ini telah menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat Palestin.
Anggota Majlis Perbandaran Hebron, berkata pihaknya tahu mengenai kejadian itu dan mengarahkan petugas membersihkan semua kawasan terlibat.
“Penduduk bandar Beit Ummar di utara Hebron juga menemukan kotak-kotak yang dibuang Tentera Israel di tepi jalan raya utama.
Selepas diperiksa didapati kotak itu mengandungi peralatan perubatan terpakai seperti penutup hidung dan mulut serta jarum suntikan,” dakwa Owawi.