Ada yang panggil boba, ada yang panggil bubble milk tea, ada yang panggil black pearl dan ada juga yang panggil tapioca pearls. Apa je sebutan korang, dia benda yang sama juga lah lebih kurang (hmm yeke?).
Semenjak akhir-akhir ini, minuman boba milk tea semakin menjadi kegilaan di negara ini selepas ia menjadi satu fenomena. Ramai yang telah berpusu-pusu untuk mencuba kesedapan minuman boba tea sampai ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya.
Bukan sahaja rasanya enak, bebola hitam kenyal yang disedut bersama milk tea ini telah menambah keenakan produk tersebut.
Kini, pelbagai jenama minuman boba telah muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan di pasaran.
Bukan sahaja boba tea, malah kini dah ada minuman baru iaitu BOBADOL! Kalau nak tahu bobadol tu ialah, Boba Cendol atau pun Cendol Boba.
Bahannya ialah black pearl dengan santan kelapa dan premium brown sugar. Admin difahamkan ia dijual dengan harga RM6 untuk secawan ini.
Tapi perlu ingat ye, ini bukan fresh cream macam yang korang selalu minum tu. Ini rasa cendol, of coz rasa santan. Malaysian way…
Kreatif sungguh rakyat Malaysia sekarang ni. Korang boleh dapatkan nya di Semangkuk Cyberjaya ataupun Negeri Sembilan. Tapi admin percaya, pasti ramai yang akan buat inovasi air boba ni.
Jom share kan dengan kami