Pendakwah bebas, Pencetus Ummah Syed Bakri mendakwa perbuatan jutawan kosmetik, Nur Sajat yang berbikini baru-baru ini sebagai melampau.
PU Syed yang kini hanya mahu dikenali sebagai Syed Bakri itu merayu agar pihak berwajib seperti JAKIM serta PDRM segera mengambil tindakan keatas Sajat
“Gambar terbaru jantan berbikini ini sangatlah meloyakkan anak tekak saya, mane nak letak maruah kamu sebagai seorang muslim!?“
“Mabrurah sangat umrah yang kamu buat sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)haritu ye?… Sampai bila kamu nak menunjukkan asset-aset palsu milik kamu?“
“Saya sampai sekarang masih menunggu dan menanti sejak zaman BN, kemudian PH dan sekarang PN (Perikatan Nasional) untuk pihak berwajib mengambil tindakan tegas kepada beliau, untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar pada masa akan datang kepada rakyat Malaysia.”
“Tolonglah JAKIM dan PDRM selesaikan virus yang lebih bahaya dari Covid-19 ini.”
Justeru, Syed meminta agar semua memboikot produk dan perniagaan Sajat sebagai memberi kesedaran dan pengajaran kepadanya.
“Dia diberi kekayaan sehingga lupa halal dan haram. Dia diberi kemasyhuran, namun semuanya terpalit dengan pendustaan terhadap hukum agama.”
“Wajib boikot produk-produk miliknya, ingat, siapa yang beli produk-produknya, bermaksud, anda menyokong segala aktiviti-aktiviti melanggari syariat yang telah dia lakukan!”
“Dalam tak sedar, kalian juga akan mendapat saham dosa kering.”