Pelakon Que Haidar dikecam oleh seorang warga maya mengenai adabnya berselfie di kubur bersama isteri, Linda Jasmine dan anaknya. Malah dia turut didakwa tergolong dalam golongan orang yang jahil mengenai adab di kubur.

Que memuat naik paparan skrin komen pengikut tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Pelakon tersebut turut memberi respon mengenai komen tersebut di dalam kapsyennya.

Alhamdulillah ada yang sudi tegur saya. Tapikan lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu serta beragama Islam.

Apa yang saya tahu kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang lain apabila merasakan tindakan netizen itu melampau dan tidak beradab.

Terdahulu, menerusi sebuah entri di IG, Que memuat naik fotonya bersama isteri dan anak yang sedang menziarahi kubur.

View this post on Instagram

Ziarah pusara ❤️

A post shared by Tengku Iskhan Shah Tg. Haidar (@the_haidars) on

[fbcomments]