fbpx

“Adil bagi aku sebab aku buat dia patah tangan dan aku berenti sebab anak aku menangis saja.. Aku ajak dia pi buat report dia takmau, dia nak duit ubat saja.”

Itu antara perkongsian pelakon Hairi Safwan di Instagram beliau yang mengejutkan ramai.

Perkataan ‘kau peIacur’ yang keluar dari mulut seorang suami ketika bertengkar dengan isterinya menjadi penyebab mata pelakon Hairi Safwan lebam.

Peristiwa itu berlaku di sebuah farmasi di Subang Jaya, Selangor Khamis lalu apabila Hairi bertindak menegur lelaki yang mengeluarkan kata-kata berkenaan.

“Ketika itu saya sedang dukung anak lalu ternampak ada pasangan suami isteri ini bergaduh. Lelaki itu mula maki hamun dengan kata-kata kesat kepada isterinya termasuk ayat ‘kau peIacur’.

“Saya memang pantang kalau ada lelaki yang kurang ajar terhadap perempuan dan panggil wanita dengan perkataan itu. Jadi, saya pun pergi dekat mereka untuk tegur tindakan lelaki tersebut dengan cara baik.”

“Tapi tiba-tiba lelaki itu terus tumbuk terkena mata saya yang sedang dukung anak. Berlaku la pergelutan dan kami berdua mengalami kecederaan. Pergelutan itu terhenti sebab anak saya menangis.”

Sebelum ini, Hairi berkongsi perkara itu dengan memuat naik foto keadaan mata kanannya lebam di laman sosial pada Sabtu.

Ruang komen perkongsian tersebut dipenuhi dengan pujian daripada netizen yang rata-ratanya menganggap Hairi seorang lelaki yang hebat kerana menghormati seseorang wanita dengan cara menegur kesalahan tersebut.

[fbcomments]