Sate sememangnya hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Daging yang diperap dan dibakar, serta dimakan bersama kuah kacang membuatkan sesiapa saja berselera.
Jadi dalam artikel kali ini, admin akan disenaraikan 6 Port Sate Terbaik & Popular sekitar Kuala Lumpur
Sate King/Warung King
Sate King terletak di Kepong dan terkenal dengan sate daging, ikan dan perut. Harga untuk secucuk sate ialah sekitar RM 1.80 ke Rm 8. Ianya dibuka setiap hari kecuali setiap Ahad minggu pertama dan ketiga. Anda juga boleh membuat tempahan dari Grabfood dan Foodpanda.
Pak Din Satay
Pak Din Satay terletak di Jalan Gombak. Dagingnya yang berjus dan perapan yang sedap menyebabkan Pak Din Satay menjadi kegemaran ramai. Gerai nya dibuka dari jam 6 petang sehingga 11.30 malam. Ianya ditutup 2 minggu sekali setiap Ahad. Harganya bermula dari RM 2.20-RM 3.70 secucuk. Anda juga boleh menempah Pak Din Satay Gombak di FoodPanda.
Satay Zainah Ismail
Sate Zainah Ismail terletak di Kampung Datuk Keramat. Kedai yang nampak simple ini menyediakan sate ayam, sate daging, hati ayam dan perut lembu. Rasanya yang sedikit manis sangat bersesuaian apabila dihidangkan bersama kuah kacang. Harganya bermula dari RM 2 ke RM 10.
Sate Zaini
Sate Zaini terletak di Ampang Jaya. Sate Zaini sememangnya dikenali ramai dan mendapat pujian dari chef terkemuka dan selebriti seperti Chef Wan, Ac Mizal dan Adlin Aman Ramlie. Sate Zaini menyediakan sate ayam, daging, hati ayam,kambing, dan perut yang dihidangkan bersama-sama nasi impit dan kuah kacang. Ianya dibuka setiap hari bermula jam 6:30 petang sehingga 11:30 malam.
Sate Sri Melaka
Sate Sri Melaka merupakan antara port sate terbaik KL! Walaupun namanya Sri Melaka, ianya terletak di Lembah Keramat, Kuala Lumpur. Keistimewaannya ialah daging dan ayam bersaiz besar dan lembut yang boleh didapati pada harga yang berpatutan. Sate yang ada di sini ialah sate ayam , perut dan hati yang bermula dari RM 1.60. Anda juga boleh menempah Sate Sri Melaka di FoodPanda.
Sate Capitol 1951 – Warisan
Sate Capitol terletak di Kampung Baru. Ianya diasaskan oleh Hj. Kamarudin sedari 1951 dengan kedai mereka di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sate Capitol menyediakan pilihan sate asas iaitu ayam dan daging yang seperti kebanyakan sate lain akan dihidangkan bersama-sama dengan kuah kacang dan nasi impit. Anda juga boleh dapatkan Sate Capitol di GrabFood.
Selamat mencuba sate terbaik KL yang telah min senaraikan ini! Baca artikel lain tentang 6 tips pujuk isteri merajuk di sini.