Kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan orang ramai memasuki dan solat di pekarangan dua masjid suci di Makkah dan Madinah sebagai usaha membendung penularan koronavirus baharu (Covid-19).
Perkara itu diumumkan Jurucakap Ketua Umum Masjid Besar dan Hal Ehwal Nabi.
“Pihak berkuasa, badan keselamatan dan kesihatan memutuskan untuk menghentikan kehadiran orang ramai dan tidak membenarkan solat di luar Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah bermula Jumaat, 20 Mac sebagai sebahagian langkah pencegahan penularan Covid-19.”
“Kami bergantung pada bantuan Allah SWT dan mengerahkan sepenuhnya kemampuan kami, disokong keazaman kuat untuk menghadapi kesulitan dengan ketabahan orang-orang yang beriman di barisan hadapan.”