Tidak dinafikan salah satu yang sering menjadi punca kemalangan jalan raya adalah akibat keadaan jalan raya yang rosak dan tidak diturap dengan baik.
Namun, apa yang lebih dikesali adalah pihak yang bertanggungjawab lewat mengambil tindakan. Seperti perkongsian di Facebook yang sedang tular ini.
Pacak batu nisan di ‘lubang maut’
Memaparkan seorang lelaki memacak batu nisan di lubang besar yang terdapat di sebuah jalan, siap dengan berdoa dan bertafakur sebentar di lubang yang dipacak batu nisan itu.
Nak tunggu sampai ada yang maut ke?
Difahamkan lelaki itu berbuat demikian kerana sudah hilang sabar menunggu pihak berwajib yang sepatutnya menguruskan masalah itu, tetapi masih lagi tiada sebarang tindakan dan lubang semakin besar.
Malah katanya lagi, lepas gambar ini telah tular barulah ada pekerja diarahkan untuk menurap lubang tersebut, namun hasilnya kelihatan tidak begitu memuaskan.