fbpx

Baru baru ini viral apabila seorang wanita memakai wristband berwarna merah jambu makan di sebuah restoran. Ramai yang kecam tindakan wanita ini. Ada juga yang turut melemparkan kata-kata kurang sedap di dengar.

Gambar lama

Menurut kenyataan dari Sinar Harian, wanita berusia 72 tahun itu diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di KLIA pada 4 Julai lalu.

Saringan pertama yang dijalankan mendapati wanita tersebut negatif, namun dipakaikan gelang tersebut serta diperintahkan menjalani kuarantin.

Kejadian itu pula berlaku di sebuah kafe pada 6 Julai lalu bersama keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk sarapan sebelum menjalani kuarantin di rumahnya sedangkan gambar itu baharu sahaja tular kelmarin.

Positif Covid-19

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan wanita itu disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian kali kedua. Namun wanita itu sudah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu.

Wanita ini disahkan positif selepas 13 hari menjalani kuarantin dan kini dia telah dimasukkan ke hospital sejak 17 Julai lalu.

Wanita itu kini masih dalam rawatan Covid-19 di hospital terbabit bersama anak lelakinya setelah ujian kali kedua didapati positif.

Berdasarkan penjelasan daripada pihak kesihatan, volume (kandungan) virus adalah kurang dan risiko menjangkiti juga kurang.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz telah mengesahkan perkara itu setelah siasatan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

[fbcomments]