Dua tiga hari ni kecoh di sosial media mengenai resort milik jutawan Aliff Syukri, kotor.

BACA : “Ada Lipas Dalam Peti Ais, Cadar Kotor & Ada Bekas Darah, Sampah Penuh” – Resort Aliff Syukri Didakwa Kotor

Isu ini turut mendapat perhatian seorang pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq.

Memburuk-burukkan perniagaan orang

Ustaz Abu Syafiq telah tampil menegur tindakan individu tersebut yang telah memburuk-burukkan perniagaan orang lain walaupun niat ingin memberikan kesedaran.

Jelas beliau, tindakan sewajarnya adalah menegur dengan cara berhemah dan harmoni.

Tidak jaga adab

Susulan daripada itu, pemilik resort tersebut yang juga merupakan seorang jutawan serta usahawan kecantikan itu kemudiannya tampil mengemukakan bukti video membongkar tindakan dan aktiviti instafamous terbabit sepanjang menginap di resort tersebut.

View this post on Instagram

Terima kasih kepada pihak family tuan yg memviralkan @sugehhillresortjandabaik kami yg x pasti kesahihanya.. apa pun sy nak ucapkan terima kasih kerana menginap di resort saya di kampung janda baik… iaitu eco resort bukan hotel 5 bintang sbb tu harga bilik di sini serendah rm175..dan mereka bercuti selama 3hari di sini dgn jayanya…terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika byk kekurangan dari pihak kami kepada tuan…. . Utk makluman tuan kami @sugehhillresortjandabaik ada peti cadangan utk komen pelanggan kami.. dan kami sedar akan kekurangan kami dan kami akan megambil mana2 nasihat yg kami rasakan baik bagi kami utk kami perbaiki resort kami.. . Utk makluman pihak tuan,semasa kejadian saya tiada di sana…jika tuan maklum mmg kebiasaannya saya berada di sana utk memantau keadaan di sana terutama memastikan pelanggan berada dlm keadaan baik. . Berkenaan isu air di Lobi,utk pengetahuan Tuan,kami mmg tidak menyediakan air di Lobby sebelum ini,tapi memandangkan keadaan pelanggan yg ramai di sana terutama yg ingin bertanya dan utk check in bilik kami sediakan minuman bagi pelanggan yg dahaga…Untuk pengetahuan Tuan,ketika itu,kami telahpun dlm proses memasang Penapis Air dan ketika ini pemasangan tersebut telah pun berlaku dan tiada lagi air begitu disana melainkan menggunakan penapis air dan jika tuan ke sana telah adapun dipasang penapis Air Cuckoo sejak 2 minggu yg lalu di Lobi . Yang kedua,isu takut anak terjatuh bermain Di Lobby,saya rasa tuan juga maklum bahawa lobi bukan lah ruangan utk berlari atau bermain…di sana adalah ruangan menunggu…tetapi keluarga tuan telahpun bermain bola,makan beramai2 di lobi….baring dia atas sofa dan mengalihkan2 perabot dari tempat asal walhal lobi bukan bertujuan utk aktiviti berkeluarga…..dan juga pihak tuan sendiri membiarkan anak2 kecil bermain di sana…Staff kami warganegara indonesia ada juga menegur tetapi dibalas dgn kata2 kesat oleh pihak keluarga tuan dgn kata2 spt berikut’Orang Indonesia tak layak tegur orang Malaysia dan nanti saya bunuh kamu dan campak Ke laut’…Begitu juga pihak keluarga tuan telah menempah kambing Aqiqah di kawasan kolam renang tanpa kebenara kami..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Jutawan belagak sombong!

Malah, Abu Syafiq turut menyelar tindakan Alif Syukri selaku pemilik resort tersebut. Beliau turut mendakwa yang premis itu sebenarnya tiada kelulusan rasmi pun.

Resort tidak ada kelulusan yang rasmi. Tipu orang kuat. Lepas tu marah orang.

[fbcomments]