Bagi yang belum tahu, Datuk Seri Aliff Syukri ada mempunyai resortnya sendiri yang diberi nama Sugeh Hill Resort yang terletak di Janda Baik. Bagaimanapun baru-baru ini ada cerita tak sedap di dengar mengenai resortnya itu.


Seorang Instafamous tampil mendakwa percutiannya di resort tersebut tidaklah seindah seperti dipaparkan. Malah, layanan yang diberikan oleh pekerja Aliff kurang memuaskan tidak setimpal dengan bayaran dikenakan.

Kotor dan berlipas

Instafamous yang dikenali sebagai Abudi Alsagoff itu telah mendedahkan perkara itu beberapa media sosial.

Kediaman yang didiaminya penuh dengan sampah sarap, kotor dan membahayakan. Lebih mengejutkan, mereka turut menemui lipas di dalam peti ais.


Tak cukup dengan tu, mereka juga turut menemui tuala basah di atas lantai. Keadaan cadar katil pun turut kotor dan mempunyai kesan darah. Ini bermakna pihak resort tidak menukar cadar dan tidak membersihkan bilik terlebih dahulu.

Kat lobby tempat greet guests, air yg disediakan dah habis (okla tunggu refill). Masalahnya bocor ke apa menitik habis basah lantai and staff punya solusi? letak kain. budak2 lari bila sampai.. kalau ada yg jatuh terhentak kepala (nauzubillah).

Ugut suruh padam posting

Bagaimanapun, selepas kisah itu ditularkan oleh individu terbabit, kes itu khabarnya mendapat perhatian Aliff sehingga beliau dikatakan bertindak menyeru Abudi untuk memadam posting yang dimuat naik olehnya.

[fbcomments]